Dua mangsa banjir Nepal ditemui selamat dalam terowong hidroelektrik selepas sembilan hari
KATHMANDU: Sembilan hari selepas banjir kilat melanda Sungai Trishuli di tengah Nepal, pasukan penyelamat pada Jumaat berjaya mengeluarkan dua lelaki yang masih hidup dari terowong di Projek Hidroelektrik Trishuli 3A, sekali gus mencetuskan harapan bahawa masih ada mangsa lain yang mungkin terperangkap di dalamnya.
