Malaysia Airlines kembali terbang ke Fukuoka
KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines mengukuhkan rangkaian penerbangannya ke Jepun dengan menyambung semula penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Fukuoka, sekali gus menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan sambungan tanpa henti bagi laluan berkenaan.
