Pertumbuhan pesat pusat data lonjak peluang kerja kontraktor - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Pertumbuhan pesat pembangunan pusat data (DC) dan perkhidmatan awan dijangka terus menawarkan peluang kerja kepada kontraktor, susulan potensi kesan limpahan lebih besar kepada rantaian nilai semikonduktor dan permintaan terhadap bangunan perindustrian.
