Setia EcoHill 2 Business Park catat 85 peratus tempahan dalam sehari
KUALA LUMPUR: Pembangunan hartanah perindustrian terbaharu S P Setia Bhd, Setia EcoHill 2 Business Park yang bernilai RM200 juta, mendapat sambutan menggalakkan apabila 85 peratus daripada 49 unit ditawarkan menerima tempahan dalam tempoh sehari selepas dilancarkan pada 31 Oktober lalu.
