Tengok sampai habis baru nilaikan - Ezzanie Jasny
KUALA LUMPUR: Meski mengangkat kisah cinta terlarang antara bapa saudara dan anak buah menerusi drama Wali Dalam Tangisan, pelakon Ezzanie Jasny berharap penonton tidak terburu-buru menghukum karya berkenaan, sebaliknya mengikuti keseluruhan jalan ceritanya.
