KBS mahu perkukuh latihan, kompetensi pegawai teknikal susulan kontroversi lumba jalan kaki
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan dengan Olahraga Malaysia (MA) dalam masa terdekat bagi memperkukuh latihan serta kompetensi pegawai teknikal susulan kontroversi acara lumba jalan kaki pada Kejohanan Program Pembangunan Junior (JDP) 2026, baru-baru ini.
