Dengarlah lagu lain pula - Pat Candy ulas penangan single Akan Ku Tunggu yang masih popular selepas tiga dekad
KUALA LUMPUR: Hampir tiga dekad selepas dilancarkan, lagu Akan Ku Tunggu terus menjadi karya paling sinonim dengan kumpulan rock wanita, Candy, sekaligus mencetuskan cabaran buat mereka untuk memperkenalkan lagu baharu kepada peminat.
