Operasi ECRL bermula bulan depan: Pelancong di Kelantan dijangka naik 50 peratus
KOTA BHARU: Pelancong di Kelantan dijangka meningkat sehingga 50 peratus selepas operasi Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bermula bulan depan. Malah, ada pelancong yang dijangka datang secara balik hari untuk menikmati makanan di Kelantan sebelum kembali semula ke Lembah Klang pada sebelah petang atau malam memandangkan perjalanan hanya mengambil masa empat jam berbanding lapan jam jika memandu kereta.
