SUHAKAM gesa KPM ketatkan prosedur pengambilan kakitangan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memperketat prosedur saringan dan penilaian dalam proses pengambilan, pelantikan, penempatan, pertukaran serta pemantauan perkhidmatan guru dan kakitangan lain yang mempunyai hubungan secara langsung dengan kanak-kanak.
