Pemilik spa didenda RM200,000 kerana kendali rawatan gigi tanpa kelayakan
PETALING JAYA: Seorang pemilik spa kecantikan didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan menjalankan rawatan venir (veneer) gigi tanpa kelayakan dan mengendalikan klinik pergigian swasta yang tidak berdaftar, dua tahun lalu.
