Grab mahu laksana model komisen dinamik kepada semua pemandu
PETALING JAYA: Grab Malaysia sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi mendapatkan kelulusan untuk menjadikan model fi perkhidmatan dinamik atau Fi Perkhidmatan Grab (GSF) sebagai ciri kekal kepada semua rakan pemandunya.
