Senheng kurangkan kerugian suku ketiga, kedudukan tunai semakin kukuh
KUALA LUMPUR: Kerugian selepas cukai Senheng New Retail Bhd mengecil 62.6 peratus kepada RM600,000 bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026, berbanding RM1.6 juta pada suku sebelumnya, disokong peningkatan margin keuntungan kasar serta pengurangan kos operasi dan kewangan.
