Lelaki dikhuatiri lemas di Cheras, ditemukan selamat selepas solat Jumaat
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikhuatiri lemas selepas dilaporkan dihanyutkan arus sungai di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras dekat sini, semalam, ditemukan selamat di sebuah masjid, selepas dia didapati menunaikan solat Jumaat di situ, hari ini.
