AFFIN Islamic, MUIS bekerjasama perkukuh perbankan digital Islam di Sabah
KUALA LUMPUR: Affin Islamic Bank Bhd (AFFIN Islamic) memperkukuh perkhidmatan perbankan Islam di Sabah menerusi kerjasama strategik dengan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dengan memberi tumpuan kepada pendigitalan pengurusan masjid dan kutipan dana Islam.
