Lelaki OKU didakwa cederakan kekasih pekak, bisu guna pisau
BUTTERWORTH: Seorang lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana didakwa mencederakan teman wanitanya yang juga OKU pekak serta bisu dengan menggunakan pisau pada 14 November lalu.
