Kes keganasan rumah tangga meningkat, pasangan turut diintip secara digital
KUALA LUMPUR: Kes keganasan rumah tangga yang direkodkan Women’s Aid Organisation (WAO) meningkat kepada 1,759 pada 2025 berbanding 1,162 kes pada 2024, dengan corak penderaan kini turut membabitkan penyalahgunaan teknologi digital untuk mengawal dan mengintip pergerakan pasangan.
