KPDN gubal RUU e-Dagang tingkat akauntabiliti platform digital
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memperkukuh tadbir urus perdagangan elektronik (e-dagang) negara menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) e-Dagang bagi memberi penekanan terhadap akauntabiliti pengendali platform.
