PRN Sarawak: PM nafi PKR tak tanding kerana ugutan GPS
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) tunduk kepada ancaman Gabungan Parti Sarawak (GPS) susulan keputusan parti itu untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
