DBKL roboh 11 struktur haram atas longkang di TTDI
KUALA LUMPUR: Sebelas struktur tambahan tanpa kebenaran dibina di atas longkang awam di kawasan komersial Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelmarin kerana menghalang kerja pembersihan dan penyelenggaraan.
