'Muhyiddin tahu RM25.3 juta masuk akaun BERSATU tapi sengaja pejamkan mata'
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, dimaklumkan bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tahu mengenai wang RM25.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun BERSATU oleh tiga syarikat kontraktor dan seorang pengarah sebagai suapan berkaitan projek Jana Wibawa, namun sengaja ‘memejamkan mata’.
