Kes rempuh pesara tentera: Pelajar Libya dibebaskan selepas bayar jaminan RM17,000
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti warga Libya yang didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian seorang pesara tentera di Jalan Jelatek di sini, dibebaskan selepas membayar wang jaminan RM17,000 dengan bantuan kedutaan negaranya.
