Julia Farhana beri bayangan berpisah dengan Che Hafiz
KUALA LUMPUR: Pelakon, Julia Farhana Marin seakan memberi bayangan rumah tangganya bersama Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah berakhir apabila berkongsi gambar hitam putih bersama lelaki itu di kamar mahkamah, selain merujuknya sebagai bekas suami menerusi surat terbuka yang menyentuh hati.
