Dasar Perbukuan Negara agenda bersama bina peradaban
Dasar Perbukuan Negara (DPN) dilancarkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, kelmarin selepas 41 tahun Malaysia berpandukan Dasar Buku Negara (1985), perlu disambut sebagai agenda besar pembangunan, bukan sekadar perkembangan sektor pendidikan dan industri penerbitan. Dasar diluluskan Kabinet 5 Ogos lalu itu, menggariskan sembilan gagasan, 31 strategi dan 43 prakarsa daripada pembudayaan membaca hingga pembangunan ekonomi perbukuan baharu.
