Harga minyak sawit dijangka kekal lebih RM4,100 satu tan bulan depan - MPOC
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal melebihi RM4,100 satu tan metrik pada Disember, disokong oleh harga yang kompetitif berbanding minyak sayuran lain, ketidaktentuan geopolitik serta potensi risiko bekalan pada 2027, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
