Khazanah akan ambil langkah perlu pulihkan kekuatan MAG – PM
KUALA LUMPUR: Kerajaan menerusi Khazanah Nasional Bhd komited mengambil segala langkah yang diperlukan bagi memastikan Malaysia Aviation Group (MAG) kembali menjadi pemain utama industri penerbangan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
