22 juta pelawat kunjungi Johor, Tahun Melawat Johor di landasan tepat
ISKANDAR PUTERI: Johor merekodkan kemasukan 22 juta pelawat bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, meningkat 7.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, sekali gus memberi petunjuk positif terhadap prestasi Tahun Melawat Johor 2026.
