Hodak mahu cipta sesuatu yang istimewa bersama Harimau Malaya
KUALA LUMPUR: Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Bojan Hodak tidak mahu kehadirannya sekadar mengisi kekosongan kerusi ketua jurulatih skuad kebangsaan, sebaliknya bertekad melakar sesuatu yang istimewa bersama pasukan negara di pentas antarabangsa.
