AI pacu produktiviti PMKS, tingkat pendapatan rakyat
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dapat melonjakkan produktiviti Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS), mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi serta meningkatkan pendapatan rakyat menerusi peralihan daripada pengguna kepada pencipta teknologi tempatan.
