Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu diteliti
KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu diteliti secara menyeluruh dengan mengambil kira dasar kawalan perbelanjaan awam sebagaimana ditetapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan PB3.1: Garis Panduan Kawalan Perbelanjaan Awam (Kemaskini 2024).
