SST jana hasil setanding dengan kutipan pada kemuncak GST
KUALA LUMPUR: Sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada menjana hasil yang setanding dengan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kemuncaknya, selain mengenakan beban cukai lebih rendah terhadap pengguna yang mudah terjejas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
