Dakwaan penyamaran identiti, orang ramai diminta waspada dalam urusan guna nama MOTAC, JWN
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengingatkan orang ramai, syarikat pelancongan, penyedia perkhidmatan serta pihak berkepentingan berwaspada terhadap urusan menggunakan nama kementerian itu, Jabatan Warisan Negara (JWN) atau mana-mana pegawai kerajaan.
