MITI nasihat pusat data elak jadi hos syarikat disenarai hitam AS
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menasihati semua pengendali pusat data di Malaysia supaya tidak menyediakan perkhidmatan kepada dua entiti tempatan yang disenaraikan dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat (AS).
