Dua firma Malaysia sah antara tujuh entiti terkini disenarai hitam oleh AS
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengesahkan dua entiti yang disenaraikan di bawah Malaysia dalam Senarai Entiti Amerika Syarikat (AS) ialah Speedmatrix Sdn Bhd dan MSFusion Sdn Bhd, susulan peraturan akhir yang dikeluarkan Biro Industri dan Keselamatan (BIS), Jabatan Perdagangan AS pada 23 November lalu.
