Aktiviti konvoi 4x4 di kampung Orang Asli perlu dapat kebenaran JAKOA
GUA MUSANG: Badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan yang berhasrat menjalankan aktiviti atau mengadakan program di perkampungan Orang Asli, perlu mendapatkan kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) terlebih dulu sebelum memasuki kawasan terbabit.
