AS usaha rampas mata wang kripto lebih US$1.1 bilion
WASHINGTON, 24 Nov (Bernama-Anadolu) – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) pada Isnin memaklumkan pihaknya memfailkan tindakan perampasan sivil bagi mendapatkan semula mata wang kripto bernilai lebih US$1.1 bilion yang didakwa dicuri oleh penggodam Korea Utara daripada Binance bulan lepas, lapor Anadolu Ajansi.
