`Poay Tiong mahu ke Melaka tutup premis perniagaan waktu solat Jumaat?' - Rais
AYER KEROH: “Dia (Poay Tiong) hendak ke jika kerajaan Melaka laksana peraturan tutup premis selama dua jam pada waktu solat Jumaat? Kita lihat dia sanggup ke Terengganu untuk melihat bagaimana peraturan itu dilaksanakan di sana,” sindir Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Rais Yasin.
