Graduan UniKL buktikan bidang penerbangan bukan penghalang bergelar hafizah
KUALA LUMPUR: Kesibukan mengikuti pengajian teknikal yang menuntut fokus tinggi sering dianggap sebagai kekangan utama untuk pelajar mendalami hafazan al-Quran, namun tanggapan itu berjaya disangkal oleh seorang graduan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada Majlis Konvokesyen Ke-23 universiti itu, hari ini.
