Jeeno cipta hatrik, kaut ganjaran RM16.4 juta
MIAMI: Pemain nombor dua dunia dari Thailand, Jeeno Thitikul, merangkul kejuaraan Kejohanan Jelajah LPGA buat kali ketiga berturut-turut, awal pagi tadi, selepas mengekang cabaran pemain Jepun, Aki Iwai, sekali gus muncul pendahulu sepanjang zaman dari segi jumlah wang hadiah dalam jelajah berkenaan.
