KDN, MINDEF perlu tangani ancaman jenayah di pangkalan tentera
Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperluaskan 17 inisiatif kawalan pintu masuk negara ke pangkalan keselamatan udara, darat dan laut wajar diteliti secara menyeluruh susulan pembongkaran kegiatan pengedaran dadah disyaki membabitkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Bagaimanapun, ia tidak boleh diputuskan KDN sendirian kerana menyentuh bidang kuasa Kementerian Pertahanan (MINDEF), keselamatan aset strategik dan kerahsiaan operasi ketenteraan.
