Majlis angkat sumpah EXCO baharu Negeri Sembilan ditangguh
KUALA PILAH: Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan yang dijadualkan berlangsung di Istana Seri Menanti, hari ini, tidak menjadi kenyataan, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai pembentukan barisan pentadbiran baharu negeri itu.
