'Penyeludup guna aset tentera rentas sempadan negara'
KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tan Sri Muhamad Norazlan Aris tidak menolak kemungkinan kegiatan penyeludupan dadah menggunakan aset penerbangan ketenteraan turut melangkaui sempadan negara, memandangkan pesawat dan juruterbang pasukan itu juga terbabit dalam pelbagai misi antarabangsa.
