Ampadu puji aksi Leeds, tamat penantian 27 tahun di Stamford Bridge
LONDON: Kapten Leeds United, Ethan Ampadu memuji persembahan klinikal pasukannya selepas The Whites membelasah Chelsea 4-1 di Stamford Bridge, sekali gus menamatkan penantian 27 tahun untuk kemenangan di gelanggang lawan itu.
