Banjir di Perak dan Selangor tunjuk pemulihan, Negeri Sembilan pulih sepenuhnya
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Perak dan Selangor terus menunjukkan pemulihan petang ini, dengan jumlah keseluruhan mangsa menurun kepada 2,334 orang daripada 683 keluarga, berbanding 2,368 mangsa daripada 691 keluarga pagi tadi.
