Lelaki Malaysia ditahan di lapangan terbang Indonesia, cuba seludup 4kg emas dalam kasut
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki Malaysia ditahan selepas cuba menyeludup empat kilogram emas bernilai kira-kira RM2.25 juta yang disembunyikan dalam kasutnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau, dekat Padang, Indonesia.
