Kenyataan Poay Tiong bawa masalah kepada DAP di kerusi signifikan pengundi Melayu - Kian Ming
KUALA LUMPUR: Kerusi Parlimen Bangi serta beberapa kawasan lain yang disandang DAP dengan komposisi pengundi Melayu signifikan, dijangka berdepan cabaran bagi mempertahankan sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) susulan kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong.
