AFL sahkan terima surat tarik diri IFC II
KUALA LUMPUR: Status Imigresen FC II (IFC II) dalam saingan Liga A1 Semi-Pro musim ini bakal terjawab esok selepas Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan sudah menerima surat permohonan pasukan itu untuk menarik diri daripada kancah liga domestik musim ini.
