Rantau APEC penting kepada pertumbuhan ekonomi dunia - Trump
SHENZHEN (China): Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini menyifatkan rantau Asia Pasifik sebagai rantau yang mempunyai kegiatan ekonomi paling rancak dan berkembang pesat di dunia, sambil mengulangi komitmen Washington untuk menggalakkan pertumbuhan, kestabilan, kedaulatan, kemakmuran dan keamanan di seluruh rantau itu.
