Satu tren kargo ECRL mampu ganti 79 lori
KUALA LUMPUR: Sebuah tren kargo Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dengan kapasiti muatan sehingga 3,150 tan mampu menggantikan kira-kira 79 lori bagi membawa jumlah kargo yang sama, sekali gus menyokong usaha kerajaan menggalakkan peralihan pengangkutan barangan daripada jalan raya kepada rel.
