Tony Pua kongsi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan di FB: "Atas kuasa, peruntukan mana dokumen ini didakwa sudah dinyahklasifikasi?"
KUALA LUMPUR : Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara (AGC) digesa memberi penjelasan berhubung perkongsian dokumen tular didakwa minit mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan oleh bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua.
