Pelajar maut di sekolah: KPM tak kompromi jika ada kecuaian, mohon ruang siasatan - Fadhlina
IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi sekiranya siasatan mendapati berlaku kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan berhubung kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama di Kuala Kangsar, semalam.
